Friday, 17 May 2013

Rancangan Usahawan Perniagaan Percetakan


BUMI SAFAS ENTERPRISE   1719901-X

1) PENDAHULUAN

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM 142,350
daripada Baitulmal bagi menampung kos pembelian mesin-mesin dan modal operasi syarikat.

Premis perniagaan bertempat di:
2-G-26D, Wisma Rampai,
Jalan 34/26, Taman Sri Rampai,
53300 Setapak, Kuala Lumpur.

Kos pembiayaan adalah berjumlah RM 142,350. Ia meliputi kos pembelian mesin sebanyak RM 82,350, dan modal operasi sebanyak RM 60,000.

Pembelian mesin-mesin  ini  amat  perlu  untuk  mencapai  sasaran  jualan  yang  baik.  Sasaran  jualan  adalah sebanyak  RM  60,000  sebulan.  Pihak  syarikat  hanya  dapat  memenuhi  permintaan  pelanggan  mengikut spesifikasi yang telah sedia ada di kedai. Ianya amat terhad. Sekiranya mesin-mesin ini digunakan, purata penjualan RM 60,000 sebulan dapat dihasilkan.

Permintaan  untuk  perkhidmatan  percetakan  ini  amatlah  tinggi  sehinggakan  pihak  syarikat  tidak  dapat
memenuhi permintaan pelanggan memandangkan mesin percetakan sedia ada tidak memenuhi kriteria dan
kapasiti yang dikehendaki pelanggan.



2) LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

BUMI  SAFAS  ENTEPRISE telah  ditubuhkan  pada  1hb  November  2007,  ianya  sebuah  syarikat  milik bumiputera sepenuhnya. 

Pada dasarnya syarikat berkecimpung dalam bidang percetakan. Syarikat juga membekalkan alatulis, alat-
alat pejabat dan membekalkan pakaian seragam sekolah. Ini kerana syarikat mempunyai hubungan yang
baik  dengan  pengilang-pengilang  bagi  membekalkan  barangan  tersebut.  Secara umumnya  pihak  syarikat mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta.

Sebelum Bumi Safas Enterprise ditubuhkan secara rasmi, pemilik telah memulakan perniagaan ini secara
sambilan selama 2 tahun kerana ingin menimba pengalaman dalam perniagaan dalam bidang ini. Dengan
pengalaman  dan  pengetahuan  serta  permintaan  yang  tinggi  dalam  bidang  ini  pemilik  telah  mengambil
langkah untuk membuka sendiri perniagaan dalam bidang percetakan.

Pada  masa  ini  syarikat  tidak  mempunyai  sebarang  tanggungan  kewangan  dengan  mana-mana
institusi kewangan di Malaysia 

Nama Syarikat     :   BUMI SAFAS ENTERPRISE
No. Pendaftaran   :   001719901-X
Tarikh Penubuhan  :   1 November 2007
Alamat Berdaftar  :  2-G-26D, Wisma Rampai, Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, 53300 K.L
E-mail      :   bumisafas@yahoo.com.my
Pemilik     :   1. Syed Ismail Bin Syed Yussof
                    2. Wirmanrizal Bin Safrizal
Taraf Syarikat    :   100% Bumiputra
Bank      :   Hong Leong Bank Berhad (Caw. Sri Rampai) No Acc: 18700019056
Jenis Perniagaan  :   Percetakan, Membekal Alatulis & Alat-alat Pejabat, Membekal Pakaian, Seragam  Sekolah, Membekal Aksesori Lelaki Dan Wanita.


3) LATAR BELAKANG USAHAWAN

  








4) MAKLUMAT PREMIS 

Bumi  Safas  Enterprise  beroperasi  di  sebuah  lot  kedai  yang  terletak  di  Taman  Sri  Rampai,  Setapak. 
Kedudukan  premis  yang  strategik  iaitu  di  kawasan  pusat  pernigaan,  begitu  menjimatkan  dari  segi  kos
penghantaran produk di sekitar Lembah Kelang khususnya. 

Kos sewa premis = RM 900 sebulan dan perjanjian diperbaharui setiap 1 tahun

Gambar lokasi Perniagaan.






5) ASPEK TEKNIKAL / OPERASI SYARIKAT

Bumi Safas Enterprise secara khususnya menyediakan perkhidmatan seperti di bawah:
 
1.  Percetakan
-  Membuat kad nama perniagaan
-  Membuat kad jemputan
-  Membuat ‘banner’
-  Membuat risalah broucher
-  Membuat ‘street bunting’
-  Membuat salinan berwarna
-  Membuat ‘laminate’
-  Menjilid kertas dan buku

2.  Pembekalan
-  Membekal kertas pelbagai saiz, warna dan tahap ketebalan
-  Pen, pembaris dan lain-lain alatulis berkaitan
-  Pakaian beruniform
-  Pakaian sekolah
-  Topi
-  T-shirt
-  Cenderahati

Mesin/Peralatan Penting Sedia Ada 




Mesin/Peralatan Yang Diperlukan



Proses Operasi




6) ASPEK PENGURUSAN


 




7) ASPEK PEMASARAN

Buat masa sekarang, permintaan sangat menggalakkan daripada pelanggan setempat. Bahkan permintaan
pelanggan  yang begitu  tinggi  tidak  dapat dipenuhi  pihak  syarikat  memandangkan ketiadaan  mesin  yang
sesuai. Oleh itu pihak syarikat telah merancang untuk membekalkan keperluan pelanggan dengan cepat dan
berkualiti dengan pembelian mesin-mesin tersebut.

ANALISA PERSAINGAN        

Dengan pertambahan bilangan penduduk serta kehendak masyarakat sumber semakin meningkat,
Bumi  Safas  Enterprise tidak  menghadapi  saingan  yang  sengit  memandangkan  perniagaan
percetakan biasanya dikuasai oleh bangsa lain. 

Masyarakat  masa  kini  didapati  lebih  selesa  menggunakan  perkhidmatan  yang  dikendali  oleh
bumiputera.  Jadi  ini  menjadi  salah  satu  faktor  Bumi  Safas  Enterprise  boleh  berkembang
memandangkan tidak ramai bumiputera menceburi bidang perniagaan ini.

1)  Harga
Harga  pasaran  merupakan  satu  faktor  yang  sangat penting  dalam  mengimbangi  kos  dan
keuntungan  yang  akan  diperolehi.  Untuk  itu  pihak  syarikat  akan  memfokus  ke  arah
pengurangan kos operasi syarikat. Antaranya dengan menyiapkan segala tempahan dalam
masa  yang  singkat.  Berikutan  ini  kos  syarikat  akan berkurangan  dan  meningkatkan
keuntungan syarikat.

2)  Kualiti 
Aspek kualiti adalah sangat penting di dalam semua jenis pengurusan perniagaan. Antara
ciri-ciri  kualiti  yang  perlu  dipertingkatkan  adalah  dari  segi  operasi,  jualan,  khidmat
pelanggan, penghantaran dan rekaan berkualiti tinggi. Ini adalah kerana kualiti yang tinggi
akan menjamin kestabilan dan kesinambungan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat. 




8) STRATEGI PEMASARAN

Bumi Safas Enterprise telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik dan unik bagi
membantu meningkatkan prestasi syarikat. Strategi utama yang di gunakan oleh pihak pengurusan
ialah sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik dengan semua pelanggan serta pembekal untuk
jangkamasa panjang. Disamping itu, pihak pengurusan perniagaan juga akan mengadakan beberapa
promosi di dalam internet.

Pihak pengurusan perniagaan amat mementingkan perkhidmatan serta hasil yang berkualiti tinggi.
Pihak  pengurusan  juga  telah  merangka  untuk  memperluaskan  lagi  skop  perniagaan  dengan
meneroka  beberapa  bidang  sampingan  yang  dapat  menyokong  dan  memajukan  lagi  perniagaan
utama. 

Pelbagai teknik pemasaran akan digunakan untuk mempromosikan Bumi Safas Enterprise kepada
masyarakat  di  dalam  negara  secara  amnya  dan  luar  negara  secara  khususnya  .  Antara  promosi-
promosi yang telah dilaksanakan adalah:
1)  Promosi Dalam Media Cetak – Membuat iklan di majalah-majalah tempatan, suratkhabar
dan mengedar ‘flyers’
2)  Promosi  Dalam  Media  Elektronik  –  Melancarkan  Halaman  WEB  syarikat  dan  melayari
halaman web dalam negara bagi tujuan promosi.
3)  Promosi Telemarketing – Membuat panggilan kepada pelanggan-pelanggan berpotensi.


9) KOS PEMBIAYAAN 








10) ASPEK KEWANGAN 


Perbelanjaan:


































KESIMPULAN  

Bumi Safas Enterprise akan beroperasi sebagai pemangkin kegiatan ekonomi di sektor percetakan. Antara
ciri-ciri yang menentukan kemampuan dan kejayaan seseorang adalah keilmuan, kemahiran, minat, sumber
kewangan,  teknologi,  peralatan  dan  sistem  pengurusan  sumber  manusia  yang  baik.    Hasil  daripada
penelitian yang matang, maka pihak pengurusan syarikat berpendapat bahawa masa bagi terus melebarkan
sayap operasi perniagaan adalah bertepatan pada waktu sekarang.

 Diharapkan pihak Baitulmal akan dapat memberikan peluang untuk syarikat kami bersaing dan berkembang
selaras dengan perkembangan ekonomi semasa. Ini sekaligus dapat mencipta era baru bagi menjayakan
wawasan perniagaan bumiputera yang agresif, dinamik dan berkeupayaan serta berdaya maju.





Sumber: Bumi Safas RP Percetakan

Thursday, 2 May 2013

Artikel - Produk Inovatif

1) "Spring" Sepit Baju Untuk "Chopstick"




"Chopstick" sering digunakan oleh Negara Asia iaitu Jepun, Cina, Korea, Vietnam dan juga negara Asia yang lain. Malaysia jugak tidak ketinggalan, ada juga segelintir bangsa dari negara kita yang menggunakan "chopstick" untuk makan terutama kaum Cina.



2) Berus Cat untuk Penahan Pintu



Boleh juga digunakan untuk menahan pintu ke tembok rumah kita. Hanya membengkok kan berus cat, dan skru atau pun paku dibahagian pemegangnya.


3) Toaster Corak "Heart-Attack"





Satu lagi produk Inovatif dari Alat Pacu Jantung untuk menyelamatkan pesakit. Corak dan bentuk yang direka khas untuk Pemabakar roti. Corak yang menarik perhatian.


4) Pengilap Cermin Kereta

 


Alat ini berguna dan senang untuk anda yg malas membersihkan kaca didinding kamar mandi atau cermin-cermin yang ada dirumah anda. Juga boleh digunakan untuk mengilap cermin kereta anda.


5) Rak Magnet Untuk Menyimpan Pisau Dapur





Rak Magnet ni berguna untuk menyimpan peralatan dapur bukan sahaja pisau tapi boleh juga digunakan untuk barang-barang yang diperbuat daripada besi dan tembaga. Contohnya gunting, kunci pintu, atau peralatan dapur yang ringan.


















Sumber www.cuapterus.com
Sumber curcolbunda.blogspot.com

Saturday, 30 March 2013

Popular Product Owner Profile


Mamee-Double Decker












Saya memilih produk Mamee-Double Decker, Pengasas Produk ini berbangsa cina berumur 82 tahun. Nama diberi Chin Hin Pang dan telah diberika gelaran "Datuk" iaitu Datuk Chin Hin Pang.

Chin Hin Pang, seorang warganegara Malaysia, telah menjadi Pengarah Eksekutif Mamee-Double Decker (M) Berhad sejak 3 Ogos 1991 dan merupakan Pengerusi Eksekutif. Encik Pang juga berkhidmat sebagai ahli Jawatankuasa Pilihan. Di bawah pengawasan beliau sejak 30 tahun yang lalu, Mamee-Double Decker (M) Berhad telah berkembang daripada satu kebimbangan keluarga kecil menjadi salah satu mi segera tempatan terbesar dan pengeluar makanan ringan di Malaysia. Di samping mempunyai pengetahuan yang mendalam di dalam pengeluaran dan jentera, dia mempunyai hubungan yang luas dengan pembekal jentera kedua-dua tempatan dan luar negara.

Beliau juga memegang jawatan pengarah di beberapa syarikat sendirian berhad. Beliau adalah bapa kepada Pang Tee Chew, Pang Tee Nam dan Pang Tee Suan, yang kesemuanya adalah Pengarah Eksekutif dan pemegang saham utama Mamee-Double Decker (M) BHD. Beliau dianggap mempunyai kepentingan dalam urus niaga pihak berkaitan yang berulang yang mana Mandat Pemegang Saham telah diperolehi dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa yang diadakan 24 Jun 2002. Butiran yang berkaitan dengan urus niaga ini telah dinyatakan dalam Nota 31 Nota kepada Penyata Kewangan. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.