BUMI SAFAS ENTERPRISE 1719901-X
1) PENDAHULUAN
Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak RM 142,350
daripada Baitulmal bagi menampung kos pembelian mesin-mesin dan modal operasi syarikat.
Premis perniagaan bertempat di:
2-G-26D, Wisma Rampai,
Jalan 34/26, Taman Sri Rampai,
53300 Setapak, Kuala Lumpur.
Kos pembiayaan adalah berjumlah RM 142,350. Ia meliputi kos pembelian mesin sebanyak RM 82,350, dan modal operasi sebanyak RM 60,000.
Pembelian mesin-mesin ini amat perlu untuk mencapai sasaran jualan yang baik. Sasaran jualan adalah sebanyak RM 60,000 sebulan. Pihak syarikat hanya dapat memenuhi permintaan pelanggan mengikut spesifikasi yang telah sedia ada di kedai. Ianya amat terhad. Sekiranya mesin-mesin ini digunakan, purata penjualan RM 60,000 sebulan dapat dihasilkan.
Permintaan untuk perkhidmatan percetakan ini amatlah tinggi sehinggakan pihak syarikat tidak dapat
memenuhi permintaan pelanggan memandangkan mesin percetakan sedia ada tidak memenuhi kriteria dan
kapasiti yang dikehendaki pelanggan.
2) LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
BUMI SAFAS ENTEPRISE telah ditubuhkan pada 1hb November 2007, ianya sebuah syarikat milik bumiputera sepenuhnya.
Pada dasarnya syarikat berkecimpung dalam bidang percetakan. Syarikat juga membekalkan alatulis, alat-
alat pejabat dan membekalkan pakaian seragam sekolah. Ini kerana syarikat mempunyai hubungan yang
baik dengan pengilang-pengilang bagi membekalkan barangan tersebut. Secara umumnya pihak syarikat mempunyai pelanggan dari sektor kerajaan dan swasta.
Sebelum Bumi Safas Enterprise ditubuhkan secara rasmi, pemilik telah memulakan perniagaan ini secara
sambilan selama 2 tahun kerana ingin menimba pengalaman dalam perniagaan dalam bidang ini. Dengan
pengalaman dan pengetahuan serta permintaan yang tinggi dalam bidang ini pemilik telah mengambil
langkah untuk membuka sendiri perniagaan dalam bidang percetakan.
Pada masa ini syarikat tidak mempunyai sebarang tanggungan kewangan dengan mana-mana
institusi kewangan di Malaysia
Nama Syarikat : BUMI SAFAS ENTERPRISE
No. Pendaftaran : 001719901-X
Tarikh Penubuhan : 1 November 2007
Alamat Berdaftar : 2-G-26D, Wisma Rampai, Jalan 34/26, Taman Sri Rampai, 53300 K.L
E-mail : bumisafas@yahoo.com.my
Pemilik : 1. Syed Ismail Bin Syed Yussof
2. Wirmanrizal Bin Safrizal
Taraf Syarikat : 100% Bumiputra
Bank : Hong Leong Bank Berhad (Caw. Sri Rampai) No Acc: 18700019056
Jenis Perniagaan : Percetakan, Membekal Alatulis & Alat-alat Pejabat, Membekal Pakaian, Seragam Sekolah, Membekal Aksesori Lelaki Dan Wanita.
3) LATAR BELAKANG USAHAWAN
4) MAKLUMAT PREMIS
Bumi Safas Enterprise beroperasi di sebuah lot kedai yang terletak di Taman Sri Rampai, Setapak.
Kedudukan premis yang strategik iaitu di kawasan pusat pernigaan, begitu menjimatkan dari segi kos
penghantaran produk di sekitar Lembah Kelang khususnya.
Kos sewa premis = RM 900 sebulan dan perjanjian diperbaharui setiap 1 tahun
Gambar lokasi Perniagaan.
5) ASPEK TEKNIKAL / OPERASI SYARIKAT
Bumi Safas Enterprise secara khususnya menyediakan perkhidmatan seperti di bawah:
1. Percetakan
- Membuat kad nama perniagaan
- Membuat kad jemputan
- Membuat ‘banner’
- Membuat risalah broucher
- Membuat ‘street bunting’
- Membuat salinan berwarna
- Membuat ‘laminate’
- Menjilid kertas dan buku
2. Pembekalan
- Membekal kertas pelbagai saiz, warna dan tahap ketebalan
- Pen, pembaris dan lain-lain alatulis berkaitan
- Pakaian beruniform
- Pakaian sekolah
- Topi
- T-shirt
- Cenderahati
Mesin/Peralatan Penting Sedia Ada
Mesin/Peralatan Yang Diperlukan
Proses Operasi
6) ASPEK PENGURUSAN
7) ASPEK PEMASARAN
Buat masa sekarang, permintaan sangat menggalakkan daripada pelanggan setempat. Bahkan permintaan
pelanggan yang begitu tinggi tidak dapat dipenuhi pihak syarikat memandangkan ketiadaan mesin yang
sesuai. Oleh itu pihak syarikat telah merancang untuk membekalkan keperluan pelanggan dengan cepat dan
berkualiti dengan pembelian mesin-mesin tersebut.
ANALISA PERSAINGAN
Dengan pertambahan bilangan penduduk serta kehendak masyarakat sumber semakin meningkat,
Bumi Safas Enterprise tidak menghadapi saingan yang sengit memandangkan perniagaan
percetakan biasanya dikuasai oleh bangsa lain.
Masyarakat masa kini didapati lebih selesa menggunakan perkhidmatan yang dikendali oleh
bumiputera. Jadi ini menjadi salah satu faktor Bumi Safas Enterprise boleh berkembang
memandangkan tidak ramai bumiputera menceburi bidang perniagaan ini.
1) Harga
Harga pasaran merupakan satu faktor yang sangat penting dalam mengimbangi kos dan
keuntungan yang akan diperolehi. Untuk itu pihak syarikat akan memfokus ke arah
pengurangan kos operasi syarikat. Antaranya dengan menyiapkan segala tempahan dalam
masa yang singkat. Berikutan ini kos syarikat akan berkurangan dan meningkatkan
keuntungan syarikat.
2) Kualiti
Aspek kualiti adalah sangat penting di dalam semua jenis pengurusan perniagaan. Antara
ciri-ciri kualiti yang perlu dipertingkatkan adalah dari segi operasi, jualan, khidmat
pelanggan, penghantaran dan rekaan berkualiti tinggi. Ini adalah kerana kualiti yang tinggi
akan menjamin kestabilan dan kesinambungan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat.
8) STRATEGI PEMASARAN
Bumi Safas Enterprise telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik dan unik bagi
membantu meningkatkan prestasi syarikat. Strategi utama yang di gunakan oleh pihak pengurusan
ialah sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik dengan semua pelanggan serta pembekal untuk
jangkamasa panjang. Disamping itu, pihak pengurusan perniagaan juga akan mengadakan beberapa
promosi di dalam internet.
Pihak pengurusan perniagaan amat mementingkan perkhidmatan serta hasil yang berkualiti tinggi.
Pihak pengurusan juga telah merangka untuk memperluaskan lagi skop perniagaan dengan
meneroka beberapa bidang sampingan yang dapat menyokong dan memajukan lagi perniagaan
utama.
Pelbagai teknik pemasaran akan digunakan untuk mempromosikan Bumi Safas Enterprise kepada
masyarakat di dalam negara secara amnya dan luar negara secara khususnya . Antara promosi-
promosi yang telah dilaksanakan adalah:
1) Promosi Dalam Media Cetak – Membuat iklan di majalah-majalah tempatan, suratkhabar
dan mengedar ‘flyers’
2) Promosi Dalam Media Elektronik – Melancarkan Halaman WEB syarikat dan melayari
halaman web dalam negara bagi tujuan promosi.
3) Promosi Telemarketing – Membuat panggilan kepada pelanggan-pelanggan berpotensi.
9) KOS PEMBIAYAAN
10) ASPEK KEWANGAN
Perbelanjaan:
KESIMPULAN
Bumi Safas Enterprise akan beroperasi sebagai pemangkin kegiatan ekonomi di sektor percetakan. Antara
ciri-ciri yang menentukan kemampuan dan kejayaan seseorang adalah keilmuan, kemahiran, minat, sumber
kewangan, teknologi, peralatan dan sistem pengurusan sumber manusia yang baik. Hasil daripada
penelitian yang matang, maka pihak pengurusan syarikat berpendapat bahawa masa bagi terus melebarkan
sayap operasi perniagaan adalah bertepatan pada waktu sekarang.
Diharapkan pihak Baitulmal akan dapat memberikan peluang untuk syarikat kami bersaing dan berkembang
selaras dengan perkembangan ekonomi semasa. Ini sekaligus dapat mencipta era baru bagi menjayakan
wawasan perniagaan bumiputera yang agresif, dinamik dan berkeupayaan serta berdaya maju.
Sumber: Bumi Safas RP Percetakan